Dari mana datangnya pandai? Dari timbunan sijil/ijazah? Dari tingginya jawatan yang disandang? Dari limpahan harta benda? Dari pengaruh kawan-kawan?

Soalan ini sudah lama bermain-main dan separa berguling-guling di fikiran. Sebab setiap hari aku melihat/menganalisa dan menghayati tingkah laku manusia di sekililing aku dan lebih memeranjatkan dan memberikan kesan trauma dan depressi yang mendalam apabila aku sedar yang aku dikeliling ahli-ahli akademik tetapi ada diantara mereka yang menyerlahkan kebodohan masing-masing.

Kata-kata kasar dikeluarkan ketika mesyuarat dan ketika menjawab soalan yang diajukan buat aku terkesima. Biarpun sudah berkawan berpuluh tahun tapi situasi berbeza di tempat kerja terutamanya bila berurusan perkara rasmi. Keluar masuk universiti pun kalau tidak tahu etika mesyuarat dan hormat menghormati layakkah diri dipanggil ahli akademik/bijak pandai/cendekiawan?

Lebih memalukan lagi kalau aksi kebodohan diperlihatkan dikalangan warga yang bergelar ibu bapa. Buang sampah merata-rata, maki hamun di khalayak umum dan sombong tak tentu tempat buat aku mahu menjerit di depan muka mereka. Semalam aku di kedai makan. Sekumpulan bapa selesai makan dan ingin membayar bil. Kata-kata yang terkeluar dari mulutnya:

"Oi..oi..ambik duit ni."

Kasar dan kurang ajar. Mereka yang bekerja di kedai makan itu bukan hamba abdi atau peminta sedekah. Dengan peminta sedekah atau orang gaji sekalipun kita perlu tunjuk hormat. Sudah kata-kata tidak sopan tidak mahu ke kaunter sebaliknya kakak terpaksa datang ambil duit di meja makan bapa-bapa tersebut. Inikah contoh terbaik untuk anak-anak nanti? Besar mana pun kereta yang dipandu bukannya lesen dan alasan untuk bersikap sombong.

Padanlah di Malaysia diiklankan kempen-kempen budi bahasa. Ada poster, iklan dan lagu hendak menjadikan orang orang Malaysia lebih bersopan-santun. Budi bahasa tidak perlu diajar di sekolah dibawah subjek khas/teras kerana kita boleh belajar sendiri.

Erti kata lain kita melayan orang seperti mana kita mahu dilayan. Suka kah kalau diri diherdik dan ditengking? Kalau tidak maka itulah jawapan. Hormat orang lain seperti mana kita mahu dihormati.


Enter at Your Own Risk

This blog is the embodiment of my mental state.
That is all.

Home

Corrupted is my middle name

And I am in love with my own sins

About Me

My Photo
ZAM AKIRA
[ANALYTICAL AND OBSERVANT IN NATURE, WORRY ABOUT ANYTHING AND EVERYTHING, ENJOY PEACE AND QUIET MOST OF THE TIME]
View my complete profile

Followers