Kami check out hotel dan menantikan ketibaan Pak Isme pada jam 10.30 pagi. Memandangkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pukul 7.25 kami masih ada masa berjalan-jalan lagi. Kami singgah sebentar di Monumen Pengeboman Bali.



Tanggal 12 Oktober 2002, ektremis Islam meletupkan sebuah kelab malam yang mengakibatkan ratusan nyawa terkorban. Aku pandang hina pada ektrimis. Islamkah mereka jika berani jatuhkan hukuman mati pada orang lain? Siapa mereka untuk berdiri dan mendabik dada sebagai mujahid dan penegak agama? Siapa mereka untuk melabelkan orang bukan Islam masuk neraka sedangkan kekasih Allah pun tidak berani menyuarakan pendapat sedemikian. Apabila aku membaca nama-nama korban aku tertanya kenapa semakin bijaknya manusia semakin jahil dan gelap hati mereka.



Selepas meninggalkan tempat ini kami menuju ke Matahari Mall di Kuta dan Discovery Mall (berdekatan pantai) untuk membuang masa. Ya membuang masa. Kami duduk dan memerhatikan orang-orang di sini. Aku mempraktiskan “The Art of Doing Nothing”. Sukar juga. Untuk orang yang tidak suka melepak di shopping mall aktiviti ini sangat membosankan. Bagaimana anak-anak muda boleh berjam-jam melepak?



Pukul 4.30 kami dihantar ke lapangan terbang. Setelah mengucapkan terima kasih pad Pak Isme kerana kesabaran beliau melayan kerenah kami dan berjanji akan datang semula bertemu beliau pada suatu masa nanti kami pun masuk dan check in.



Seperti semua penerbangan Airasia tidak lengkap rasanya kalau tidak tertunda. Penerbangan yang dijadualkan tiba jam 7.25 tertunda hampir sejam. Take off pada pukul 8.30 mlm. Ya aku melihat jam ketika itu. Pertama kali berada di awan di waktu malam aku menikmati pemandangan kelipan lampu yang berada ribuan batu di bawah. Kerusi kali ini lebih tegak dari hari aku terbang ke Bali. Tengkuk dan pinggang aku sangat tidak gembira dengan situasi ini.



Tiba di Kuala Lumpur hampir tengah malam. Makan malam kami di Mac Donald kerana kurang selesa hendak makan di dalam kapal terbang. Sampai di rumah dalam jam 1 pagi. Aku tidak peduli bagasi. Aku hanya fikirkan mandi dan tidur. Lagi sekali aku dikejutkan dgn ular-ular di awal pagi. Aku perlu pergi berurut. Massage and spa termasuk dalam tentatif program untuk trip ke Bali akan datang.




EPILOGUE



Lawatan ke Bali lebih tenang berbanding ke Medan. Aku tak perlu melayan kerenah 30 orang makcik dan pakcik. Memandangkan kami yang menentukan aktiviti maka tidak ada terkejar ke sana-sini. Duduk di hotel yang sama juga membantu menjimatkan tenaga. Ketika pulang dari Medan tahap letihku tak terkata tapi kali ini rileks saja.Aktiviti kami pun balance antara ilmu dan hiburan.



Bali tempat istirehat kegemaran aku. Mungkin di masa mendatang ada lagi tempat aku lawat boleh menandingi Bali tapi bagi aku pulau ini ada nilai estetikanya dan nilai sentimentalnya yang tersendiri. Aku mahu, akan dan pasti kembali lagi. Insya- Allah.

2 comments:

saudari Zamila, sudah lupakah anda jus alpukat yang kita nikmati bersama2 takala membuang masa di Discovery Mall tu. hehe. saya masih terasa2 lagi keenakkan nya. Bali, sudah tentu saya akan kembali!

mana mungkin di lupakan alpukat. tidak disebut di blog tidak bermaksud tidak bertahta di hati~

Enter at Your Own Risk

This blog is the embodiment of my mental state.
That is all.

Home

Corrupted is my middle name

And I am in love with my own sins

About Me

My Photo
ZAM AKIRA
[ANALYTICAL AND OBSERVANT IN NATURE, WORRY ABOUT ANYTHING AND EVERYTHING, ENJOY PEACE AND QUIET MOST OF THE TIME]
View my complete profile

Followers