Kami menunaikan solat sunat Aidiladha di dalam bilik hotel. Pertama kali berhari raya dirantauan begitu. Hari ini tour kami hanya setengah hari bermula jam 12tgh maka kami penuhi masa lapang ini dgn berjalan kaki ke Pantai Seminyak Legian yang jaraknya hanya 100 meter dari hotel kami.
Makan siang di Gubug Makan Mang Engking. Tempatnya sangat tenang dan indah. Kami memilih tempat yang betul-betul terapung di atas kolam diperkukuh oleh kayu, buluh dan beratapkan nipah. Sambil memerhati ikan kap berenang dan dialuni muzik gamelan Bali kami menikmati makanan. Aku mencuba es teler buat kali pertama. Agak manis tetapi sedap sekali.
Motif aktiviti hari ini adalah melawat tempat seni dan kraf seperti Bidadari Batik (kilang/kedai membuat batik), Sari Dewi Gold & Silver di Celuk, I Wayan Mardiana Painter di Batuan dan Pasar Tradisional Ubud. Di pasar ini aku tidak berani member sebarang cenderahati kerana semuanya tiada tanda harga dan penjual selalunya meletakkan harga yg tinggi. Jika ditawarkan belum tentu harganya rendah juga. Kebetulan kami di sana, terdengar bunyi riuh sepanjang jalan. Ada perarakan Barong. Barong bertujuan supaya pekan tersebut dilindungi ketenteramannya dan didatangi nasib baik.
Pak Isme membawa kami melewati Sukawati, pekan yang menjual barang cenderahati seperti Ubud tetapi orang yang sangat ramai kami tidak singgah di sana. Destinasi terakhir hari ini adalah Jimbaran. Menikmati makanan laut sambil memerhatikan matahari terbenam. Sea Side Café menyusun kerusi dan meja menghadap pantai. Mataku pedih dan berair tetapi bila mentari kembali ke ufuknya, sakit itu berbaloi. Layanan di café ini cukup mesra. Penyambut tetamu menghadiahkan sekuntum bunga bagi tiap tetamu yang melangkah masuk dan tidak keberatan bergambar dengan kami. Malah boleh minta para pelayan mengambil gambar kami di meja makan.
Perjalanan pulang ke hotel terkandas sebentar di kawasan Bandar Kuta kerna hari ini hari cuti nasional maka ramai orang keluar untuk berhibur. Mujur Pak Isme tahu jalan-jalan alternatif
0 comments:
Post a Comment