Sarapan pagi: Club Sandwich yang berharga Rp 16,500. Jadual hari ini adalah Pasar Tradisional Badung. Di sana seperti Jalan TAR. Kedai-kedai fabrik dan pakaian disepanjang jalan. Hari ini tempat yang kami lawati adalah Muzium Bali & Muzium Perjuangan Bali. Di sini aku berpeluang mempelajari sejarah dari zaman jajahan Belanda ke Jepun dan era Kemerdekaan Bali. Terdapat patung patung kecil (miniature) di dalam bekas kaca bagi mengambarkan kisah silam ini.
Agenda seterusnya adalah lawatan ke pantai-pantai berdekatan tapi bukan untuk bermandi manda cuma setakat bergambar saja. Dari Sanur Beach kami ke Nusa Dua, Dreamland Beach (pantai tercantik di Indonesia) dan ke Padang Padang Beach lokasi bagi filem Eat Pray Love.
Di waktu petang kami menuju ke Uluwatu. Kuil suci yang mensyaratkan para pelancong supaya memakai sarung jika seluar atau kainnya pendek dan sehelai kain selendang diikat di pinggang. Ini bertujuan menghormati agama dan tempat suci tersebut. Aku terkesima dgn persembahan Kecak & Fire Dance. Sudah ku baca beberapa artikel tentangnya tetapi tiada bandingan dengan menyaksikannya secara live. Matahari terbenam menjadi latar indah mengiringi 70 orang lelaki berpaduan suara bagi menjadi muzik yg mengiringi tarian kecak ini. Walaupun intipadi ceriteranya mengisahkan epik Ramayana dan Sita ada juga elemen lucu yang diselitkan dihujung persembahan.
0 comments:
Post a Comment