Aku terjaga jam 3.30 pagi kerna kena ular-ular (kaki/betis yg kejang tiba-tiba ketika tidur). Mungkin akibat duduk lama di dalam kapal terbang.



Pagi ini ada kisah yang agak lucu. Kami tertipu dengan jam di dalam bilik (mengatakan sejam awal dari waktu Malaysia). Kami keluar hotel jam 8.20 pagi menanti Pak Isme tapi hampir sejam menanti dia masih tidak tiba. Berpatah balik semula ke hotel bertanyakan masa pada Pak Guard. Rupanya ketika itu baru pukul 8.15 pagi bukannya 9.15pagi (masa dijanjikan utk ketemu 8.30 pagi)



Destinasi pertama adalah Mengwi Taman Ayun Temple. Berkesempatan menaiki menara yang tidak berapa tinggi tetapi tangganya agak sempit. Sedikit cemas ketika menuruni anak anak tangga tersebut.



Kemudian Pak Isme bawa kami ke Budugul, Beratan lake, Ulun Danu Temple, Buyan dan Tamblingan lake. Aktiviti di sana sudah semestinya sesi fotografi. Makan siang di sebuah restaurant yang menu istemewanya ayam bakar Taliwang.



Perjalanan ke Jatiluwih utk melihat rice terrace terpaksa dibatalkan kerna hujan. Jalan yang sempit dan berkelok agak bahaya, maka kami terus menuju ke Tanah Lot Temple. Ianya terletak di tepi pantai dan deruan ombaknya agak kuat. Ketika bergambar di kawasan tingi kecut juga perut melihat dan mendengar hempasan ombak ini.


Selesai bergambar kami menuju ke Krisna, kedai oleh-oleh Bali yang termurah. Aku membeli sedikit cenderahati buat pensyarah dan rakan-rakan baik. Masih lagi kenyang utk makan malam maka kami membeli nasi padang bungkus yang sangat murah. (nasi, tauhu, tempe, pucuk ubi rebus, sambal telur=Rp 8,000 sahaja, sedangkan roti bakar di hotel berharga Rp 14,000).



Tiba di hotel jam 6.00 petang. Di Bali waktu ini seperti pukul 7 di Malaysia malah Maghribnya jam 6.30 ptg. Pukul 8 mlm sudah gelap seperti jam 10 di Malaysia. Hari ini berlabuh dengan penuh memori manis dan peluang mempelajari pelbagai kisah silam. Oleh-oleh hari ini: satu set poskad-30 keping, 5 magnet peti sejuk dan 2 kotak kopi Bali.

0 comments:

Enter at Your Own Risk

This blog is the embodiment of my mental state.
That is all.

Home

Corrupted is my middle name

And I am in love with my own sins

About Me

My Photo
ZAM AKIRA
[ANALYTICAL AND OBSERVANT IN NATURE, WORRY ABOUT ANYTHING AND EVERYTHING, ENJOY PEACE AND QUIET MOST OF THE TIME]
View my complete profile

Followers