Aku sedikit cemas setiap kali kapal terbang ingin take off dan landing. Tika di atas ada sedikit perlanggar dgn awan, menyebabkan kapal bergegar dan pilot turun sedikit dgn pantas. Aku rasa aku menjerit. Sedikit. Tidak kuat.
Kami tiba dalam pukul 2 ptg. Segala urusan passport dibuat secara manual maka perlu beratur panjang dan lama. Lebih sakit hati ada sekumpulan manusia tidak berotak memanggil kawan-kawan mereka dan beratur di depan aku. Bodoh.
Tour guide kami Pak Isme (sebutan Ismi), sudah hampir sejam menunggu. Dibawanya kami ke Restauran Ayam Penyet Wong Solo utk menikmati makan siang. Pak Isme tidak bersama kami, hanya menunggu di hadapan restauran. Selama kami di Bali tidak pernah sekalipun Pak Isme menyertai kami di meja makan. Mungkin kerana segan. Kami rasa bersalah maka selalunya kami bungkuskan makanan untuknya.
Dalam perjalanan ke hotel, kami melewati kedai-kedai, pejabat dan rumah sepanjang jalan yang sempit. Pemanduan Pak Isme sgt cekap. Aku rasa lebih selamat dari menaiki mana-mana kereta sebelum ini. Tune Hotel Legian agak jauh dan tersembunyi. Tiba di sana dlm jam 3.30. Di Bali waktunya sama dgn Malaysia. Dulu aku ke Medan, waktunya awal sejam. Letih dgn tidak cukup tidur hampir seminggu (exam, assignments) dan perjalanan ke sini aku tidur dari pukul 5ptg hingga pukul 10.30 malam.
Malam-malam di Bali kami hanya duduk di hotel kerana Seminyak (Legian) agak sunyi di waktu malam. Untuk mengisi masa lapang aku bawa Dracula, The Un-Dead by Dacre Stoker & Ian Holt. Sudah baca separuh tetapi terhenti demi mengutamakan kerja lain. Makan malam kami biskut & roti dan kembali tidur dalam jam 2 pagi.
0 comments:
Post a Comment