Aku sudah lama teringin bercuti di Bali. Sejak zaman belajar pernah termimpi-mimpi mahu melewati pantai-pantai yang indah. Malah ramai para artis K-pop juga menamakan Bali sebagai destinasi percutian terbaik. Selepas menonton filem Eat Pray Love lakonan Julia Robert keinginan ini lagi membara. Setelah sekian lama mengidamkan percutian di sana akhirnya tanggal 14 November 2010, dua kaki ini akhirnya memijak dan menginjak bumi Bali.
Aku tidak boleh dan mampu untuk merasa riang sebelum berangkat pergi. Ini kerana aku dalam minggu-minggu terakhir semester. Pada hari Khamis (11 Nov) aku perlu menghantar 2 tugasan (salah satunya 5,000 patah perkataan) dan juga menduduki perperiksaan akhir Critical Appreciation pada pukul 8 mlm. Tidak sempat menarik nafas lega aku diasak dengan satu lagi tugasan yang sepatutnya dihantar pada 15 Nov. Maka 2 hari sebelum bercuti aku berusaha menyiapkan tugasan 5,000 patah perkataan. Aku mahu muntah. Selepas tugasan selamat di emel barulah aku boleh berkira-kira barangan dan pakaian apa yang perlu dibawa.
Satu perkara yang aku kagum dengan penduduk di Bali adalah kesabaran dan kecekapan mereka memandu. Kereta mereka semua besar-besar belaka (SUV,MPV, 4x4) dan harga kereta di sana agak murah kerana terdapat kilang pengeluar. Jalan di sana rata-rata sangat kecil malah perlu menyusuri kawasan kedai dan rumah. Kereta pula boleh diparkir ditepi jalan yang kecil tetapi sepanjang aku di sana tiada kes perlanggaran atau pergeseran yang aku lihat. (hanya 1 kes pergeseran kereta antara pemandu warga asing dgn tempatan; mungkin kurang mahir dgn jalan di sana). Malah hotel kami dipisahkan dgn lorong yang kecil dan belokan 90 darjah, tetapi kereta seperti Avanza tiada masalah melaluinya. Cekap bukan?
Semua entri di bawah nama Bali akan ditulis di dalam Bahasa Melayu dan akan dikronologikan berdasar tarikh.
0 comments:
Post a Comment